Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : serpihan (arang batu, kayu) yg bernyala dlm api yg hampir padam; batu ~ arang batu; (bagai) terpijak ~ hangat prb gelisah kerana sesuatu perkara; genggam ~ api biar jadi arang prb jika melakukan pekerjaan yg susah haruslah dgn sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti; jangan digenggam spt ~ api terasa hangat dilepaskan prb sia-sia berbuat pekerjaan yg separuh jalan, terasa penat berhenti; jejak-jejak ~ prb hampir-hampir sampai; menggeletek-geletek bagai ~ bilah prb dikatakan kpd orang yg mengada-ada; tarik puntung padamlah ~ prb apabila telah mati hilanglah daya upaya;berbara 1. mempunyai bara, merah berapi: kayu itu masih ~; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala: setahun ia menanti dgn harapan yg masih ~ di dadanya;membara 1. berapi atau panas spt bara; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala, sangat marah: hatinya ~ kerana dihina;membarai membuat jadi membara, mengobar-ngobarkan, membuat jadi marah: nyata benar ia mahu ~ hati suaminya;perbaraan, perbara tempat bara api utk membakar kemenyan;pembaraan proses menjadi panas berapi spt bara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bara I

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBakar bara waktu petang, Hendak melayur daun palas; Antara tiga sanggul melintang, Mana satu janda berhias.
Kurik Kundi Merah SagaMenjual lidi ke Batu Bara, Menjual lokan ke Batu Pahat; Kerana dengki punya angkara, Orang baik disangka jahat.
Kurik Kundi Merah SagaCari kapas hutan Merlimau, Padam api tinggal bara; Kalau lepas mulut rimau, Tempuh lalang takut juga.

Kembali ke atas