Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barulah

Puisi
 

Tinggi-tinggi matahari,
     Tinggi lagi bulan purnama;
Sungguh lama saya mencari,
     Barulah berjumpa sahabat menjelma.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Ditumbuk dikisar barulah lumat.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke Jeddah pergi haji, Barulah balik berseri-seri; Kalau sudah abang pergi, Adik di sini apa nak jadi?
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi matahari, Tinggi lagi bulan purnama; Sungguh lama saya mencari, Barulah berjumpa sahabat menjelma.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil tiangnya empat, Bangkit pagi merebus ketupat; Pecah tempurung katak melompat, Barulah tahu timur dan barat.
Kurik Kundi Merah SagaBukit tinggi ditanam keledek, Pucuk diketong isi digali; Buah tinggi pengaitnya pendek, Barulah terguna di umban tali.
Kurik Kundi Merah SagaMari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih.
Kurik Kundi Merah SagaKalau sudah tetak nipah, Mari kita mengambil rumbia; Kalau sudah kujumpa ayah, Barulah padan seia sekata.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna mengarang bunga, Kalau tidak selah-jemelah; Kalau kering Lautan China, Barulah cinta adik berubah.
Kurik Kundi Merah SagaSebentuk cincin dari suasa, Ikat permata bertambah cantik; Sudah tak bersudu oleh angsa, Barulah diberi kepada itik.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari; Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati.
123

Kembali ke atas