Kurik Kundi Merah Saga | Orang Dayang memakai cincin, Singgah sebentar di Beras Basah; Alang-alang berkahwin biarlah licin, Alang-alang mandi biarlah basah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi basah di dalam paya, Dibawa orang pergi ke kota; Apa nak susah kepada saya, Saya dah ada di depan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan ribut saya tak basah, Bukit Tenging bercabang tiga; Makan minum bujang tak susah, Sakit pening siapa nak jaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk sangkut di kandang, Bawa pula basah ke paya; Saya buruk jangan dipandang, Bagai anjing buruk kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Itik-itik apa tak mandi, Kalau mandi kepak tak basah; Cik abang apa tak mari, Kalau mari saya tak marah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengail di Jongok Batu, Patah dulang hampir menghilang; Laksana dagang piatu, Kain basah kering di pinggang. |