[ba.si] | باسي
Definisi : 1. sudah busuk dan tidak boleh dimakan lagi (bkn makanan yg disimpan terlalu lama dan tidak dipanaskan semula): sayur lemak semalam sudah ~; 2. tidak baru, sudah lama (bkn khabar dll): ada kalanya berita itu dimuatkan ketika sudah ~; 3. tidak manjur, tidak mustajab (bkn mantera dll): doanya ~ sahaja;membasikan menjadikan basi, membiarkan jadi basi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.si] | باسي
Definisi : 1. wang persediaan (cadangan dll); 2. jumlah wang yg dipotong jika menukar wang besar; 3. potongan harga kalau membeli banyak; 4. lebihan (baki) wang; 5. bahagian tepi kain dll yg dilebihkan (lebih kurang satu inci) ketika mencantumkan dua keping kain dll;membasikan 1. mengadakan basi (wang persediaan); 2. mengadakan basi (potongan harga); 3. mengadakan basi (kain dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.si] | باسي
Definisi : sj pinggan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.si] | باسي
Definisi : sudah berbau tidak sedap atau tidak enak lagi rasanya kerana sudah lama; sudah rosak bau dan rasanya: Gulai malam tadi itu sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ba.si] | باسي
Definisi : 1 wang yg sengaja ditambahkan sbg cadangan atau sbg persediaan. 2 wang potongan yg dikenakan ketika menukar wang; 3 lebihan yg sengaja dibiarkan pd sesuatu yg dipotong dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)