Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ta/] | باتق

Definisi : sl pengembara, nomad;membatak 1. mengembara, bertualang; 2. merompak, menyamun, merampas;pembatak penyamun, perompak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ta/] | باتق

Definisi : ; orang ~ a) orang asli; b) suku bangsa yg hidup di Sumatera; bersesalan bagai ~ lari prb jikalau di dlm suatu kelompok terjadi bencana, maka satu menuduh yg lain yg bersalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batak

Puisi
 

Anak Batak pulang ke Batak,
     Sampai ke Batak membelah rotan;
Kalau tak cukup muatan di petak,
     Jangan suka melanggar lautan.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang Batak pulang ke Batak, Sampai ke Batak menggulai babi; Nasi masak gulai pun masak, Imam sampai nikah tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Batak pulang ke Batak, Sampai ke Batak membelah rotan; Kalau tak cukup muatan di petak, Jangan suka melanggar lautan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Batak pandai menari, Anak Rama pandai melata; Kalau masak angkat ke mari, Sama-sama kita merasa.
Kurik Kundi Merah SagaKulit kerang asalnya kapur, Anak Batak pandai menari; Letak apa belanga ke dapur, Kalau masak angkat ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaKecil-kecil buah cemponek, Kasi makan anak Cik Batak; Sudah berpesan datuk nenek, Ayam garang kepala botak.

Kembali ke atas