Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj bawang yg berwarna merah keungu-unguan, bawang kecil, Allium cepa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawang merah

Puisi
 

Pacu kuda di tepi kolam,
     Rasa kendur baik direnggang;
Sungguh ada senjata tajam,
     Tidak kupotong sebarang bawang.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRaga berisi bunga bawang, Bawang Bali di kedai Cina; Hati adik sudah tertawan, Ikut abang barang ke mana.
Kurik Kundi Merah SagaPacu kuda di tepi kolam, Rasa kendur baik direnggang; Sungguh ada senjata tajam, Tidak kupotong sebarang bawang.
Kurik Kundi Merah SagaBawang dibeli di kedai Cina, Cina apek di kedai kopi; Adik ikut barang ke mana, Adik hendak bersama mati.
Kurik Kundi Merah SagaPergi selat bulan lima, Beli bawang dua sepuluh; Saya berhajat sudah lama, Tiada tempat saya menyuruh.
Kurik Kundi Merah SagaMakan nasi berulam bawang, Makan halia tiga hiris; Besar mana nak meminang orang, Air disiram haram tak tiris.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak kupas bawang, Taruh mari di dalam mangkuk; Jangan bawa resmi keluang, Tak boleh tengok buah di pokok.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke teluk membeli bawang, Lada muda di perca kain; Saya tak takut ditinggal abang, Badan muda mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke selat bulan lima, Beli bawang dua sepuluh; Saya berhajat sudahlah lama, Tiada orang hendak disuruh.
Kurik Kundi Merah SagaNasi hangat sayur pun hangat, Tumis lobak bersama bawang; Adik ingat abang pun ingat, Memandang gambar terkenang-kenang.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat di Parit Baru, Sayur manis di Tanah Bawang; Sudah dapat sahabat baru, Dalam manis saya terbuang.

Kembali ke atas