Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl angin yg bertiup perlahan-lahan dan lembut; balai ~ balai peranginan; dipuput ~ ditiup bayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayu I

Puisi
 

Liuk longlai dipupuk bayu,
     Bayu sampai ke taman raja;
Kalaulah bunga mematah layu,
     Kumbang yang mana datang memuja.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPokok terap dipukul bayu, Bayu sampai ke kota raja; Sudahlah adat kita Melayu, Pandai berpantun berguraulah senda.
Kurik Kundi Merah SagaLiuk longlai dipupuk bayu, Bayu sampai ke taman raja; Kalaulah bunga mematah layu, Kumbang yang mana datang memuja.
Kurik Kundi Merah SagaPuput bayu Seri Ledan, Tengah bermain disambar helang; Terlucut baju dari badan, Terhurai kain dari pinggang.
Kurik Kundi Merah SagaPasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin.
Kurik Kundi Merah SagaBelah permatang mengalir pergi, Pasir Mak Bayu dipukul ribut; Sembahlah datang salam ke mari, Pohon kasih seumur hidup.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu.
Kurik Kundi Merah SagaTiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu.

Kembali ke atas