Kurik Kundi Merah Saga | Begini baju begitu baju, Air dipotong sayup sekali; Begini malu begitu malu, Baik dilangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika begini mengalahnya, Kayu hidup dimakan api; Jika begini rasanya, Badanku hidup terasa mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini rasa padiku, Mati pandan kerana bunga; Kalau begini rasa hatiku, Mati badan kerana nasibnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini naga-naganya, Kayulah hidup dimakan api; Kalau begini rasa-rasanya, Dari hidup baiklah mati. |

Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini naga-naganya, Naga hidup kita kan lari; Sungguh begini dagang rasanya, Badan hidup separuh mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini rupanya padi, Harus juga condong ke barat; Kalau begini rasanya hati, Harus juga akan melarat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini rupanya padi, Harus juga condong ke barat; Kalau begini rasanya hati, Harus juga akan melarat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini kelerai tombak, Biar saya kelerai biasa; Kalau saya tidak berkehendak, Biar bujang sampai ke tua. |