Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belang

Puisi
 

Kayu mati patah tergalang,
     Anak helang tersangkut betisnya;
Harimau mati tinggalkan belang,
     Dari belang datang bengisnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harimau mati meninggalkan belang,
     gajah mati meninggalkan daging,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)

155

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaItik belang pekaka belang, Turun mandi di tepi pantai; Adik seorang abang seorang, Kita mati bertindih bangkai.
Kurik Kundi Merah SagaKayu mati patah tergalang, Anak helang tersangkut betisnya; Harimau mati tinggalkan belang, Dari belang datang bengisnya.
Kurik Kundi Merah SagaMelenguh jawi belang untung, Tiap ke sawah orang bajakkan; Menangis nan buruk untung, Tiap menjelang ke mana orang tidakkan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau membeli kuda belang, Beli sekali kuda semberani; Anak dagang hendak pulang, Makin pilu di hati kami.
Kurik Kundi Merah SagaAkar pilih kuda belang, Akar lama melilit pongsu; Kalau tak boleh seperti dok cadang, Nak bawa cerana mengadap guru.
Kurik Kundi Merah SagaTidak ditoleh si kuda belang, Akar lana melilit pongsu; Tidak boleh muda dok cadang, Angkat cerana mengadap guru.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga kucing berlari, Tidak sama kucing belang; Sudah lama adik mencari, Tidak sama abang seorang.
Kurik Kundi Merah SagaTanam limau di tanah liat, Buah manggis dalam perahu; Belang harimau kalau dilihat, Kena badi saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang; Dualah tiga boleh kucari, Mana nak sama tuan seorang.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama.
12

Kembali ke atas