Kurik Kundi Merah Saga | Orang berumur kamek jeramek, Saja dinding beri belanja; Apa dicemas kepada kamek, Hidup miskin kurang berharta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuala Jengal pasir melayang, Nampak dari Teluk Belanja; Saya sungguh berasa sayang, Di situ tempat hendak bermanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiak-tiak orang berinai, Orang berinai merah di jari; Saya tak ada belanja tunai, Kami datang menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Mangkuk berisi bunga pinang; Hendak masuk kuberi masuk, Hendak masuk belanja tunang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak mandi batas banyak, Tambah pulak ada buaya; Nak berbini hutang banyak, Tambah pula rial belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tikus mondok tikus tempang, Makan dia atas para; Gadai golok gadai parang, Nak melepas rial belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam bulu balik, Cari makan tepi paya; Minta tumpang berjalan balik, Makan minum saya belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Negeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja. |