Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.tu/] | بلاتوق

Definisi : sj burung dlm famili Picidae, jelatuk, pelatuk; ~ ara, Pigaus xanthopygaeus; ~ biji nangka, Micropternus brachyurus; ~ gunung, Picus canus; ~ hijau, Picus vitatus; ~ mas, Picus puniceus; ~ merah, Picus miniaceus; ~ pinang, Dinopium javanense; ~ punggur, Blythipicus rubiginosus; ~ raja, Picoides cathpharius; ~ rotan, Picus viridanus; punggur tumbang, ~ menumpang mati prb terlibat dlm kesalahan orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.tu/] | بلاتوق

Definisi : nama sj burung berjambul dan suka hinggap pd batang kayu, Picus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belatuk

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang belatuk burung belatuk, Mari hinggap di kepala tangga; Semadi abang duduk mengantuk, Mari abang menari caca.
Kurik Kundi Merah SagaBurung belatuk jambul merah, Sepakat dengan rajawali; Minta ampun kepada Allah, Minta syafaat kepada nabi.
Kurik Kundi Merah SagaBurung belatuk kepalanya merah, Terbang ke hulu menyongsong angin; Tabiklah datuk jangan nak marah, Anak dagang tumpang bermain.
Kurik Kundi Merah SagaBurung belatuk kepalanya kuning, Hendak merapat di kaki dulang; Mata mengantuk kepalanya pening, Hendak melepas si hajat orang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang belatuk raja burung, Hinggap di atas pokok selasih; Lama sudah dendam berkurung, Belum bertemu pada kekasih.
Kurik Kundi Merah SagaPutik nangka bertupa-tupa, Burung belatuk terbang meranting; Abang bawa balik bunga cempaka, Bawa masuk ke dalam gading.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk, Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.

Kembali ke atas