Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lim.bing] | بليمبيڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya); jenis-jenisnya: ~ batu = ~ manis = ~ sayur = ~ segi, Averrhoa carambola; ~ besi = ~ buluh sj belimbing (buahnya kecil-kecil, masam rasanya dan biasanya digunakan dlm masakan), Averrhoa bilimbi dll; 2. bersanding-sanding (menurut panjangnya spt belimbing): awan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lim.bing] | بليمبيڠ

Definisi : beberapa jenis pokok atau buahnya. ~ besi (manis, segi) sj belimbing yg bentuk buahnya bersegi-segi, Averrhoa carambola. ~ buluh (sayur) sj belimbing yg buahnya digunakan dlm masakan, Averrhoa bilimbi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belimbing

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAsam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak.
Kurik Kundi Merah SagaTetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan.
Kurik Kundi Merah SagaPutik belimbing digetu-getu, Petang-petang ulam pegaga; Petik dinding buka pintu, Petang karang abang yang ada.
Kurik Kundi Merah SagaPutik belimbing diketu-ketu, Dari Kedah ke Taman Liang; Petik dinding terbuka pintu, Pintu terdedah besar tiang.
Kurik Kundi Merah SagaPutik belimbing digetu-getu, Dari Kedah ke Tanah Liang; Jentik dinding bukalah pintu, Pintu terdedah sampai siang.
Kurik Kundi Merah SagaPutik belimbing bercedu-cedu, Bunga kunda berangkai-rangkai; Jentik dinding terbuka pintu, Nak tidur dua sebantal.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk dedap belimbing besi, Pohon pauh di tepi kolam; Duduk dekat rasanya benci, Duduk jauh rasalah sayang.
Kurik Kundi Merah SagaNampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga.
Kurik Kundi Merah SagaJangan dijeruk asam belimbing, Kalau tak masin ditambah garam; Jangan ditengok di luar dinding, Kalau sudi masuk ke dalam.
123

Kembali ke atas