Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj bubu utk menangkap ikan yg diikat pd tongkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan spt rotan yg bilahnya dianyam utk dibuat tikar, bakul dsb, Donax spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bemban I

Puisi
 

Tetakku bemban di muka pintu,
     Dibakar dengan bunga selasih;
Janganlah jangan cakap begitu,
     Belumlah kita bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Rebung tak miang,
     bemban pula miang.

Bermaksud :

Orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang orang luar ikut campur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSaya malas menyipat bemban, Bemban sebatang sebutir nyiru; Saya malas menaruh dendam, Dendam sebulan setahun rindu.
Kurik Kundi Merah SagaTetakku bemban di muka pintu, Dibakar dengan bunga selasih; Janganlah jangan cakap begitu, Belumlah kita bercerai kasih.
Kurik Kundi Merah SagaMenanam bemban dalam ladang, Bunga rampai dalam puan; Kukirim pada kumbang terbang, Adakah sampai padamu tuan?
Kurik Kundi Merah SagaRaut-raut bemban kuraut, Kurautan dimuntung halu; Sahut pantunku sahut, Kalau tidak kubagi malu.
Kurik Kundi Merah SagaLembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada.
Kurik Kundi Merah SagaKemili sejunjung naik, Ambil bemban pahat putarkan; Ayuhai diri apa tak naik, Tikar sudah dibentangkan.
Kurik Kundi Merah SagaMudik beralun kelong ditahan, Bemban hanyut dengan uratnya; Perut lapar lalu kutahan, Hati rindu tiada ubatnya.
Kurik Kundi Merah SagaBukan jua bukit meruntuh, Bemban perbaik meruntuh jua; Bukan penyakit saja membunuh, Cinta dan kasih membunuh jua.
Kurik Kundi Merah SagaBukan bukit saja meruntuh, Bemban serai meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Gila berahi membunuh juga.
Kurik Kundi Merah SagaSayanglah berkasut jalan ke pasir, Bemban seraut di dalam puan; Rambutlah kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan.
12

Kembali ke atas