Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benci;

Puisi
 

Pohon geti bunga serangkul,
     Ambil galah tergawang-gawang;
Kalau benci khabarlah betul,
     Tidaklah kami berulang-ulang.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Berulat mata melihat.

Bermaksud :

Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSakit gigi dimakan ulat, Tinggal sebatang dua batang; Tuan benci aku meluat, Tuan kasih aku sayang.
Kurik Kundi Merah SagaPohon geti bunga serangkul, Ambil galah tergawang-gawang; Kalau benci khabarlah betul, Tidaklah kami berulang-ulang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Siti anak tuk bandar, Mengail todak umpannya sagu; Kalau benci katakan benar, Jangan ditolak dengan berlagu.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Siti anak tuk bandar, Mengail todak umpannya sagu; Kalau benci katakan benar, Jangan ditolak dengan berlagu.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Besi hala ke bendang, Rama kutatang dalam mangkuk; Sudah benci jangan dipandang, Nama saya jangan disebut.
Kurik Kundi Merah SagaBangsal kongsi di Kuala Nerang, Mengukus serikaya dalam sabut; Kalau benci jangan dikenang, Nama saya jangan disebut.
Kurik Kundi Merah SagaAmbillah nyelik hempas ke batu, Talilah sabut anyam berdiri; Jikalau benci kepada aku, Jauhlah jauh melari diri.
Kurik Kundi Merah SagaKeledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang bertali besi, Tanam selasih muka pintu; Sekali sayang sekali benci, Orang kasih memang begitu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina turun ke padang, Sampai ke padang hatinya meradang; Kalau benci tuan memandang, Keratlah saya dengan pedang.
123

Kembali ke atas