Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.dang] | بندڠ

Definisi : sawah; tanah ~ tanah sawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.dang] | بندڠ

Definisi : kawasan berair tempat bertanam padi; sawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendang

Puisi
 

Laksamana mudik ke bendang,
     Seluar merah baru berjahit;
Laksananya buah pedendang,
     Luarnya merah dalamnya pahit.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang Pak Koming turun ke bendang, Sampai ke bendang menuai padi; Hati runsing jangan dikenang, Kalau dikenang rosaklah hati.
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna pergi ke bendang, Kalau tidak bertanam padi; Apa guna senjata disandang, Kalau tidak berani mati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang pergi ke bendang, Bawakan saya anak selangat; Hari siang terpandang-pandang, Tidur malam teringat-ingat.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang pergi ke bendang, Bawakan saya anak selangat; Hari siang terpandang-pandang, Tidur malam teringat-ingat.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Besi pandang ke bendang, Pati santan diminum mabuk; Kalau rindu jangan dipandang, Nama saya jangan disebut.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Besi hala ke bendang, Rama kutatang dalam mangkuk; Sudah benci jangan dipandang, Nama saya jangan disebut.
Kurik Kundi Merah SagaTak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaGunung Medan Hutan Aji, Padang Mawa bendang berlumpur; Kalau dah anak mengaji, Bolehlah berdoa di atas kubur.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk di tepi pantai, Turun ke bendang memakan padi; Biar buruk kain dipakai, Asal pandai mengambil hati.
12

Kembali ke atas