Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentuk jantung

Puisi
 

Jantung ini jantung sekerat,
     Limau purut dalam ceper;
Pantun ini pantun ibarat,
     Dalam perut mencari fikir.


Lihat selanjutnya...(51)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMakan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja.
Kurik Kundi Merah SagaJantung ini jantung sekerat, Limau purut dalam ceper; Pantun ini pantun ibarat, Dalam perut mencari fikir.
Kurik Kundi Merah SagaJantung pisang jangan dipatah, Jika patah binasa isi; Jantung hati badan bertuah, Menyelamatkan kamu yang akan pergi.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah jolok jantung, Jatuh sebiji tepi paya; Saudagar tidak beruntung, Hendak mengadu dagang saya.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah pelepah jantung, Pucuk bayam pucuk meranti; Kalau kita berkira pantun, Kokok ayam abang tak henti.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah pepahkan jantung, Jantungnya jatuh ke balik pagar; Saya tak mahu berbalas pantun, Pantun saya baru belajar.
Kurik Kundi Merah SagaMana perginya si pisang jantung, Akan dimasak santan kelapa; Kalau saya mati bergantung, Kerana tuan tidak mengapa.
Kurik Kundi Merah SagaHai mana si pisang jantung, Akan dimasak santan kelapa; Kalau saya mati bergantung, Kerana tuan tidak mengapa.
Kurik Kundi Merah SagaBurung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung.
123456

Kembali ke atas