Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung Perling muka merah, Murah beralun pintu; Emak jeling katakan marah, Perangainya memang begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jong-jong muka pintu, Hendak belayar hutan seberang; Jangan Mak Jah berkata begitu, Bunyinya malu di depan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetakku bemban di muka pintu, Dibakar dengan bunga selasih; Janganlah jangan cakap begitu, Belumlah kita bercerai kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ramuning di muka laut, Sayang rambutan di dalam puan; Tubuhnya kuning bagai diraut, Kerana sayang denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang bertali besi, Tanam selasih muka pintu; Sekali sayang sekali benci, Orang kasih memang begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina minum ramsih, Minumlah minum muka pintu; Kenapa abang berasa sedih, Kami bersua mereka lagu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Katong airnya biru, Tempatlah budak bercuci muka; Bulat sekampung menaruh rindu, Susah adinda berpandang mata. |