Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini mengerik gemai, Mari letak atas batas; Malam ini kita beramai, Malam esok tinggal bekas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini mengerik gemai, Mari gesek atas dulang; Malam ini kita beramai, Esok hari kita pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan memetik rambai, Rambai ada di hujung dahan; Sungguh berpantun kita beramai, Berserah kita kepada Tuhan. |