Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~ bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak: mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) = belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranak

Puisi
 

Burung tiung beranak tunggal,
     Hinggap mari atas bumbung;
Ibu mati ayah meninggal,
     Pada siapa hendak bergantung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Sepesan anak beranak,
     anaknya beranak (= menggigit) pula.

Bermaksud :

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLantak dua berlantak tiga, Masih juga gelang di kaki; Beranak dua beranak tiga, Masih juga dendam di hati.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaPokok pisang beranak banyak, Ikan toman dibelah dua; Minta maaf banyaklah banyak, Habislah teman kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas beranak banyak, Anak tumang dalam telaga; Minta maaf banyak-banyak, Tiada jodoh kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati beranak tunggal, Mati dibela di kaki meja; Ibu mati bapa tinggal, Mana tempat tumpang bermanja?
Kurik Kundi Merah SagaAyam terungap beranak lapan, Seekor mati dimakan buaya; Sakit mata memandang bulan, Bulan tidak menimbang rasa.
Kurik Kundi Merah SagaAyam denak beranak empat, Cari makan di cerang rimba; Tengok jinak tangkap tak dapat, Hati mana saya tak gila.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam beranak empat, Mari makan di cerang rimba; Hak jinak tangkap tak dapat, Hati mana abang tak gila.
Kurik Kundi Merah SagaJika dituju selepas berlari, Akhir kumbang beranak telur; Jikalau diturut hatiku ini, Akhirnya padang menjadi kubur.
Kurik Kundi Merah SagaJika dipecut kuda berlari, Manalah kumbang beranak tiga; Jika diturut hatiku ini, Akhirlah padang menjadi gua.
123

Kembali ke atas