Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ antah sj tumbuhan (pokok), Quercus oidocarpa; ~ bukit = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Castanopsis megacarpa; ~ landak sj tumbuhan (pokok), Quercus spicata; ~ makan = ~ padi sj tumbuhan (pokok) castonopsis inermis; akar ~, sj tumbuhan (pokok memanjat), kayu laka, Dalbergia parviflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berangan I

Puisi
 

Buah keranji buah berangan,
     Berangan tidak berbunga tinggi;
Berjanji berjabat tangan,
     Kusangka tidak berubah lagi.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Belum bergigi sudah hendak menggigit.

Bermaksud :

Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKeranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kufikir tidak berubah hati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah keranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kusangka tidak berubah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke hulu mengutip berangan, Berangan jatuh atas batu; Alangkah elok bertemu kayangan, Di dalam nujum boleh kutahu.
Kurik Kundi Merah SagaKiri berangan kanan pun berangan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaPisang berangan tumbuh di batu, Buah ada jantung tiada; Sudah malang untung nasibku, Tuah ada untung tiada.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berangan masaknya merah, Lada cili dalam perahu; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati sahabat tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berangan dimasak kari, Mari masak bersama lada; Sapu tangan campak ke mari, Untuk menyapu air mata.
Kurik Kundi Merah SagaPergi seberang berangan-angan, Membeli ikan ditimbang kati; Banyak orang melarang jangan, Saya seorang mengikut hati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.
123

Kembali ke atas