Kurik Kundi Merah Saga | Potong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara pandai bergaya, Kain sempit berbelah dada; Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Abang makan hendak berhidang, Memakai kain berbelah tepi; Di dalam merana cinta datang, Air mata jatuh ke pipi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ke darat sungai Bintagor, Temui rotan berbelah dua; Seorang ke barat seorang ke timur, Ada suratan bertemu jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ke darat sungai Bintagor, Temui rotan berbelah dua; Seorang ke barat seorang ke timur, Ada suratan bertemu jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu manis di celah gunung, Nampak jauh berbelah dua; Adik menangis abang termenung, Mengenang nasib kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu. |