Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bé.san] | بربيسن

Definisi : menjadi besan, berhubungan sbg besan: dia tidak sudi ~ dgn saya yg miskin ini; belum beranak sudah ~ prb membahagi-bahagi keuntungan yg belum lagi di tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bé.san] | بربيسن

Definisi : berhubungan sbg besan: Tak mungkin dia mahu ~ dgn saya kerana saya orang hina lagi miskin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbesan

Puisi
 

Tidak jadi padi Terengganu,
     Anak denak berkawan tiga;
Tak jadi dengan cik anu,
     Hari besok berbesan juga.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Belum menetas sudah dibilang.

Bermaksud :

Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum beranak sudah ditimang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTanam ubi tanam keladi, Anak belanak dalam tapisan; Tuan beristeri dia bersuami, Ada anak boleh berbesan.
Kurik Kundi Merah SagaTidak jadi padi Terengganu, Anak denak berkawan tiga; Tak jadi dengan cik anu, Hari besok berbesan juga.
Kurik Kundi Merah SagaTanam ubi tanam kembili, Mari dicolek santan manisan; Adik hendak mencari bini, Kalau boleh hendak berbesan.
Kurik Kundi Merah SagaTanam ubi tanam keladi, Anak belanak dalam tapisan; Tuan beristeri dia bersuami, Ada anak boleh berbesan.
Kurik Kundi Merah SagaRusa ini rusa berdua, Terbit makan rumput manisan; Tiada jodoh kita berdua, Boleh anak kita berbesan.
Kurik Kundi Merah SagaBeli ubi beli keladi, Anak belanak dalam tapisan; Puan berlaki saya berbini, Kalau beranak kita berbesan.

Kembali ke atas