Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuah;

Puisi
 

Lagi berbuah lagi berduri,
     Itulah nama asam paya;
Lagi bertuah lagi berbudi,
     Itulah nama orang kaya.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Selangkas betik berbuah.

Bermaksud :

Waktu yang singkat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerbuah si kundang-lendang, Buah mengkal jatuh ke lubuk; Jangan disentuh tunang orang, Keris pukai makan rusuk.
Kurik Kundi Merah SagaLagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.
Kurik Kundi Merah SagaHendak berbuah buahlah buluh, Kaki dulang kuparas juga; Hendak bertuah bertuahlah tubuh,tuah/balas Budi orang kubalas juga.
Kurik Kundi Merah SagaBarangkali pandan berbuah, Hanyut ke laut beriring-iring; Barangkali badan bertuah, Hanyut ke laut dampar ke Siring.
Kurik Kundi Merah SagaPokok kelapa berbuah lebat, Benih dari kampung paya; Kalau kita mencari sahabat, Biarlah dapat orang yang setia.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading baru berbuah, Pokok senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tentulah tanduk tak guna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPokok jering baru berbuah, Mari ambil jual di kedai; Selagi ada biring bertuah, Jalak jangan tunjukkan pandai.
Kurik Kundi Merah SagaBunga paku tidak berbuah, Sama juga bunga kelapa; Jongok Batu kampung bertuah, Sampai ke mana saya tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaDua kali jagung berbuah, Melilit mari batang padi; Tidak kutakut terkena marah, Syukur kudapat si jantung hati.
123

Kembali ke atas