Kurik Kundi Merah Saga | Bawa anjing pergi berburu, Berburu sampai ke Tanjung Pinang; Sudah bersetuju ayah dan ibu, Bolehlah abang masuk meminang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anjing angkat anjing berburu, Anjing berburu di luar kota; Lagi tak dapat lagi dituju, Hendak menyapu arang di muka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berburu ke Padang Datar, Dapat rusa bergelang kaki; Berguru kepalang ajar, Macam bunga kembang tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi berburu tidak berteman, Mungkin dapat bala bencana; Bunga kembang di dalam taman, Bau semerbak ke mana-mana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke bukit berburu rusa, Boleh seekor rusa betina; Malangnya nasib dirilah hamba, Hidup di dunia tidak berguna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dirikan pondok bertanam nanas, Biar saya berburu rusa; Biar orang melonggok emas, Saya niaga budi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri. |