Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Daik bercabang tiga, Nampak dari Kuala Deli; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanduk rusa bercabang dua, Kalau mandi berkubang jangan; Dosa ini dosa semua, Kalau mati seorang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok kelapa bercabang tiga, Dikerat orang memakai gergaji; Saya cuma hendak menduga, Sejauh mana sumpah dan janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lembu merah tanduk bercabang, Satu tanduk memangku tali; Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak tentu janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanah Seleboh tanahnya lembah, Pucuk keduduk bercabang dua; Sungguh lembah tempatnya singgah, Menumpang duduk setahun dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jongok Batu bertanah merah, Kayu keduduk bercabang dua; Jongok Batu tempat bertuah, Tumpang duduk sehari dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terung ini terung di Jeddah, Tiada bercabang cantik lagi; Tenung ini tenung penyudah, Tiadakan balik lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan selasih dani, Daun katu bercabang tiga; Kalau tuan kasihkan kami, Jangan rangkum dua tiga. |