Kurik Kundi Merah Saga | Tanam pinang tanam kelapa, Tanam selasih lumpur liat; Bercerai tunangan tidak mengapa, Bercerai kasih jangan dibuat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang berkasih burung di awan, Telur menetas induknya mati; Bercerai kasih muda bangsawan, Bercerai hidup baik mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah kesebak terasa manis, Mari dicampur biji selasih; Bercerai emak tidak menangis, Inikan pula bercerai kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berderai tiung di Linau, Punai turun dinihari; Bercerai kasih bujang panau, Makan nasi sesuap sehari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tirai perak kelambu perak, Bantal emas tikar suasa; Bercerai kasih bertemu tidak, Jauh bergantung di atas udara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Serai Acheh bertambak tidak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih bertalak tidak, Cerai setahun balik juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih bertambak tidak, Bubuh daun di balik geta; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun berbalik juga. |

Kurik Kundi Merah Saga | Cik Putih menanam cempedak, Lebat daun bunga tiada; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun dikenang jua. |