Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cin.ta] | برچينتا

Definisi : 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cin.ta] | برچينتا

Definisi : 1 menaruh perasaan cinta atau berani. 2 menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercinta

Puisi
 

Sudah makan dengan peria,
     Kalau ada garam tiada;
Kalau sudah ada bercinta,
     Kalau bercinta jangan berdusta.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

337

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih itu roh (semangat) yang buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang berarak di pintu kota, Hendak menyembah Raja Melaka; Adik bercinta abang bercinta, Sampai ke manakah cinta kita?
Kurik Kundi Merah SagaSudah makan dengan peria, Kalau ada garam tiada; Kalau sudah ada bercinta, Kalau bercinta jangan berdusta.
Kurik Kundi Merah SagaSudah makan dengan peria, Kalau ada garam tiada; Kalau sudah ada bercinta, Kalau bercinta jangan berdusta.
Kurik Kundi Merah SagaTukang kayu suka berdikat, Suka berdikat masuklah dia; Tuan bercinta belayar surat, Itulah tanda hati setia.
Kurik Kundi Merah SagaRakit buluh dari seberang, Hanyut sampan tidak berarah; Sakit bercinta badan seorang, Bagai kutepuk tangan sebelah.
Kurik Kundi Merah SagaHari-hari tolak bertimba, Jaraknya batang jambu; Hari-hari tolak bercinta, Hajat hati guring sekelambu.
Kurik Kundi Merah SagaHari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut rakit dari seberang, Putus tali mari bergalah; Sungguh sakit bercinta seorang, Ibarat bertepuk tangan sebelah.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak lintah di paya dalam, Mari ditangguk anak udang; Hati bercinta adik di dalam, Bagai tak tahu masuk seorang.
Kurik Kundi Merah SagaTuan berkuda saya berunta, Sama kita berjalan kaki; Tuan mengenang saya bercinta, Sama kita menahan hati.
123

Kembali ke atas