Kurik Kundi Merah Saga | Budak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak saudagar pergi berdagang, Tumpang belayar perahu Melayu; Kapal belayar muatan kurang, Kena gelombang tenggelam lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Kedah orang berdagang, Rasa nak nangguk rasanya tidak; Pintu terdedah sampai ke siang, Rasa nak masuk rasanya tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun mempelas berbalik-balik, Orang berdagang di pintu kota; Tidaklah belas melihat adik, Duduklah berendam si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Acheh ke Kinabatangan, Dari Johor berdagang sabut; Penyakit datang dari tuan, Tuanlah juak menjadi ubat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Cina pergi ke China, Datang ke China berdagang babi; Tuan punya saya pun punya, Sekerat seorang kita berbahagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak kodok di atas batu, Anak bubut patah kaki; Berdagang hidup sementara waktu, Bercerai maut berpisah abadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak ke pulau ke pulau saja, Ke pulau jangan berdagang ubi; Hendak bergurau bergurau saja, Gurau jangan mengambil hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Talang wak talang jauh di laut, Tempat nan budak berdagang telur; Halus juak pinggang bagai diraut, Tuan laksana si kembang melur. |