Kurik Kundi Merah Saga | Kalau berbiduk usah berdayung, Kalau berdayung bilakan tiba; Kalau duduk jangan bermenung, Kalau bermenung tiba hiba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina berdayung sampan, Hendak menuju kuala pekan; Kalau takut tabur umpan, Mana tahu ikan tak makan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu buatkan dayung, Hendak berdayung tanah besar; Tuntut ilmu buatkan payung, Hendak berpayung di Padang Mahsyar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiga belas dayung kupaut, Hendak berdayung tanah seberang; Hati di dalam kelam kabut, Tidak kulupa kepada abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu kilas ke dayung, Nak berdayung Laut Melaka; Tuntutlah ilmu buatkan payung, Nak menghindar api neraka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengail Kuala Tanjung, Ketam tidak berjari; Kalau kucing pandai berdayung, Tikus juga pandai kemudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah galah di hujung tanjung, Hendak belayar angin mati; Kucing bergalah tikus berdayung, Mengapa ikan menghempas diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pulut lautan tanjung, Dapat satu si lumba-lumba; Muatan penuh sarat berdayung, Layar ditarik angin tak tiba. |