Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum bedil Melayu, Nak tembak talam tembaga; Datuk Bandar bukalah pintu, Anak dagang nak masuk berniaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum guruh di papan, Kilat sampai atas batu; Apa masalah dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum banai berlian, Buat mari perumbung saji; Kalau tak ada petemu tuan, Jangan dicari disakit hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum tabuh di Rian, Minta tabuh lagi; Kalau untung di hari kemudian, Boleh berbalik sekali lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja turun menembak, Bunyi berdentum patah pedati; Tenggelam timbul dilambung ombak, Kalau tak karam balik ke tepi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi. |