Kurik Kundi Merah Saga | Berempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan kayuh orang berempat, Tuan menuju ke rumah raja; Kalau sampai di Batu Pahat, Macam menitik air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Padang lalu berempat, Kok koyak tepi kainnya; Nan hilang tidakkan dapat, Cari nan lain kan gantinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikat pagar orang berempat, Ikan sepat dalam padi; Kehendak belajar kalau dapat, Alangkah suka dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Padang lalu berempat, Di balik pohon kenanga; Sudah hilang di mana nak dapat, Ambil kertas lukiskan nama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Padang lalu berempat, Rama-rama tepi kainnya; Hilang yang itu jarang dapat, Cara lain manakan sama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Padang jalan berempat, Cubit-cubit di tepi kain; Sudah hilang di mana dapat, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilanglah nila pembantu puan, Sayang berempat buah pedada; Adakah hilang kasihmu tuan? Burung terbang dipipis lada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil perpat buatkan titi, Ambil kapak belahkan kundur; Berempat engkau menanti, Setapak haram aku tak undur. |