Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ren.dam] | برندم

Definisi : 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba ke­kurangan); rendaman (Kim) bekas yg dipenuhi air (pasir, minyak, dll) utk memindahkan haba secara seragam kpd objek yg diletakkan ke dalamnya; perendaman perbuatan dsb merendam (me­naruh dlm air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ren.dam] | برندم

Definisi : 1 berada dlm air, lumpur dll: Setiap pagi dia mandi ~ di sungai. Kerbau suka ~ dlm lumpur. 2 terbenam atau tenggelam dlm air, lumpur dll: Tanah yg sudah dibajak itu dibiarkan ~ selama seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendam
Kata Terbitan : berendam, terendam,

Puisi
 

Sapa kata padi tak bunting,
     Padi pulut berendam di air;
Sapa kata abang tak rungsing,
     Suap ke mulut mata berair.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Berendam di tempayan pekasam.

Bermaksud :

Duduk berleka di rumah perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBatu Berendam Batu Kurau, Batu Lesung Batu Rakit; Rindu dendam bawa bergurau, Bawa termenung jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaSapa kata padi tak bunting, Padi pulut berendam di air; Sapa kata abang tak rungsing, Suap ke mulut mata berair.
Kurik Kundi Merah SagaDari Gersik ke Surabaya, Anak badak mati berendam; Ambil keris tikamlah saya, Tidak kuasa menanggung dendam.
Kurik Kundi Merah SagaSayang ke darat ke padang embun, Anak tekukur mandi berendam; Hidup tuan dengan berpantun, Rasa menghibur hati yang dendam.
Kurik Kundi Merah SagaDi Kampung Hulu banyak temu, Tumbuh bersepah merata-rata; Adakah tahu nasib temanmu, Sentiasa berendam airnya mata.
Kurik Kundi Merah SagaMemikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata.
Kurik Kundi Merah SagaDaun mempelas berbalik-balik, Orang berdagang di pintu kota; Tidaklah belas melihat adik, Duduklah berendam si air mata.

Kembali ke atas