Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : 1 berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2 bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berganti

Puisi
 

Pecah takar berganti takar,
     Tempat minum si burung nuri;
Bisa ular tidakkan tawar,
     Walau menyorok di akar berduri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Habis kapak berganti beliung.

Bermaksud :

Sangat rajin bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail umpan keridik, Habis umpan berganti daun; Orang bermain sesama cerdik, Habis bulan berganti tahun.
Kurik Kundi Merah SagaPecah takar berganti takar, Tempat minum si burung nuri; Bisa ular tidakkan tawar, Walau menyorok di akar berduri.
Kurik Kundi Merah SagaLembu lari berganti-ganti, Matahari terbit di Tanah Jawa; Kalau abang bersungguh hati, Mati hidup kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaLuputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi.
Kurik Kundi Merah SagaSerampang laut nama lagunya, Lawan menyanyi berganti-ganti; Kemaskan kemudi dengan sempurna, Tak karam diharung sampai ke tepi.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang bertali benang, Putus benang berganti tali; Siang malam duduk mengenang, Orang dikenang jauh sekali.
Kurik Kundi Merah SagaHari hampir dinihari, Kokok ayam ganti-berganti; Aku duduk seorang diri, Air mata gugur kanan kiri.
Kurik Kundi Merah SagaCekur manis separuh hidup, Masaklah kari berganti-ganti; Jangan ditangis cerai hidup, Lepas seorang berdua ganti.
Kurik Kundi Merah SagaRaja di Jawa raja sakti, Menghadap sultan berganti-ganti; Doa saja umur tak mati, Dukun dan bidan ada menanti.
Kurik Kundi Merah SagaElok-elok raja di Bentan, Awan berkiluk berganti-ganti; Tidak ternilai cahaya intan, Jatuh ke lubuk hilang sekali.
1234

Kembali ke atas