Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gi.gi] | ب‌رݢي‌ݢي

Definisi : mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergigi

Puisi
 

Asuklah hitam bergigi emas,
     Ekor dia lilit ke sawa;
Tubuhnya hitam kupeluk kemas,
     Rasa memeluk intan gemala.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Belum bergigi hendak mengunyah.

Bermaksud :

Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala.
Kurik Kundi Merah SagaAsuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Tinggi tepi kota, Nampak dari tanah tambak; Harimau tak bergigi jangan dikata, Dinyoyot-nyoyot ditelan jugak.
Kurik Kundi Merah SagaGilo-gilo layar ke Jintan, Jintan menuju pulau di laut; Puan yang elok bergigi hitam, Halus pinggangnya bagaikan diraut.
Kurik Kundi Merah SagaNaik rakit bersila panggung, Patah galah batang keladi; Kalau sakit nak minta tolong, Mentekedarah tidak bergigi.
Kurik Kundi Merah SagaSultan Mahmud mangkat dijulang, Bunyi khabar di Kota Tinggi; Sungguh tuan rimau garang, Ada juga tidak bergigi.

Kembali ke atas