Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berguna

Puisi
 

Sayang tidak berguna lagi,
     Hujan lebat arus berduri;
Saya tidak kempunan lagi,
     Sudah dicapai di hujung jari.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Laksana antah lemukut (= melukut),
     lapar sangat baru berguna.

Bermaksud :

Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari.
Kurik Kundi Merah SagaSayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaApa disesal kayu berdiri, Tiada rebah tiada berguna; Apa disesal semahu diri, Sial tuah sial hujungnya.
Kurik Kundi Merah SagaCik Siti menyulam bunga, Kain baldu disulam kelingkan; Sudah didapati tidak berguna, Kenapa tak mahu tuan lepaskan.
Kurik Kundi Merah SagaKain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan; Sepatah nasihat ilmu yang berguna, Secubit budi jadi kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaKe bendanglah kami, Tidak berhuma lagi; Apa dipandang kepada kami, Kami tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke bukit memetik bunga, Bawa orang pulang ke hulu; Kalau cindai tidak berguna, Sutera belacu terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPergi kehulu buah rambutan, Sayang durian tiada berbunga; Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada berguna.
123

Kembali ke atas