Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.jat] | برحاجت

Definisi : 1. bermaksud, berniat (akan), mem­punyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia se­lama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.jat] | برحاجت

Definisi : mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hajat (kata nama)
Bersinonim dengan hasrat, keinginan, kehendak, cita-cita, niat, matlamat, maksud, tujuan, permintaan, doa;,
Kata Terbitan : berhajat, berhajatkan, menghajati, menghajatkan,

Puisi
 

Pergi selat bulan lima,
     Beli bawang dua sepuluh;
Saya berhajat sudah lama,
     Tiada tempat saya menyuruh.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tidaklah telaga mendapatkan timba.

Bermaksud :

Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaPergi selat bulan lima, Beli bawang dua sepuluh; Saya berhajat sudah lama, Tiada tempat saya menyuruh.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke selat bulan lima, Beli bawang dua sepuluh; Saya berhajat sudahlah lama, Tiada orang hendak disuruh.
Kurik Kundi Merah SagaJatuh berserak di dalam padi, Anak belangkas beruang perahu; Kalau berhajat di dalam hati, Khabar lekas supaya kutahu.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat mudik ke hulu, Lumba-lumba mudik berkawan; Saya berhajat dari dahulu, Hendak berlumba denganmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaTanam papaya tumbuh langsat, Dililit kangkung bertali-tali; Seribu daya kalau berhajat, Gunung tinggi papah didaki.
Kurik Kundi Merah SagaOrang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas.
Kurik Kundi Merah SagaBaru saja adik berkain, Adik berkain malam Jumaat; Bukan saya pandai bermain, Saya melangsung orang berhajat.

Kembali ke atas