Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.kat]/[ber.i.kat] | برايکت

Definisi : 1. ada ikatnya, diikat, memakai ikat: hulu pedangnya ~ emas; 2. bersekutu, bergabung: peperangan antara pihak ~ (British, Amerika, Perancis, dan Belanda) dgn Jepun telah dimulai pd 8 Disember 1941; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.kat]/[ber.i.kat] | برايکت

Definisi : 1 ada ikatnya; memakai ikat: Batu permata intan ~ emas putih. 2 bersatu dlm satu kumpulan; bersekutu; bergabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Kayu pagar berikat tali,
     Diikat-ikat bawa ke tanjung;
Kalau benar berkali-kali,
     Akhirat jangan tanggung-menanggung.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKayu berikat si kayu api, Anak udang di bawah daun; Kalau tak dapat bagai di hati, Biar bujang seribu tahun.
Kurik Kundi Merah SagaKayu pagar berikat tali, Diikat-ikat bawa ke tanjung; Kalau benar berkali-kali, Akhirat jangan tanggung-menanggung.
Kurik Kundi Merah SagaBunga lalang berikat benang, Bungkus mari dengan kain; Rimau diam nampak senang, Jangan tepuk nak buat main.
Kurik Kundi Merah SagaBaju hitam kancingnya tujuh, Berikat kain di pinggang; Kalau tuan berhati sungguh, Boleh ikut kami dari belakang.
Kurik Kundi Merah SagaBaju hitam kancingnya tujuh, Berikat kain di pinggang; Kalau tuan hatinya sungguh, Ikut saya dari belakang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan.
Kurik Kundi Merah SagaPutus tali pengikat tangga, Tangga berikat rami gula; Putih hati memandang janda, Janda baru beranak dua.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil parang cangkulkan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Rakyat kurang senjata tumpul, Rakyat di kota separuh mati.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil parang galikan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Matahari masuk bulan pun timbul, Cahaya bintang tak guna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBunga telur bertekat-tekat, Mari dikarang berikat-ikat; Adik duduk tersimpuh rapat, Abang akan duduk dekat.
12

Kembali ke atas