Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.ga] |  برجاݢ

Definisi : 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.ga] |  برجاݢ

Definisi : 1 tidak tidur kerana sesuatu hal: Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2 berkawal utk menjaga keselamatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Si pungguk helang karikan,
     Tidur siang berjaga malam;
Sungguh dia unjuk berikan,
     Pepat di luar rencong di dalam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Mata tidur,
     bantal berjaga.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau.
Kurik Kundi Merah SagaSi pungguk helang karikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh dia unjuk berikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaHelang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna pasang pelita, Kalau tidak dengan sumbunya; Apa guna berjaga mata, Kalau tidak dengan sungguhnya.
Kurik Kundi Merah SagaDi sana ramai anak baiduri, Duduk bermain di tepi kolam; Sama-sama berjaga diri, Kita bertunang selama enam bulan.
Kurik Kundi Merah SagaCik Esah orang Patani, Takut tengok telaga dalam; Tak usah hidup begini, Tidur siang berjaga malam.
Kurik Kundi Merah SagaMustika embun tinggi warga, Dikulum anak Raja Naga; Tak termasuk pada sangka, Mata tidur bantal berjaga.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga.
Kurik Kundi Merah SagaNiat menumpang di gunung api, Ambil gemala di mulut naga; Sudah dapat kehendak hati, Malam ini saya berjaga.

Kembali ke atas