Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan.ja.lan] | برجالن - جالن

Definisi : 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap musim cuti, mereka pergi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.lan.ja.lan] | برجالن - جالن

Definisi : 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Baiklah baik berjalan-jalan,
     Kalau takut bawalah teman;
Alangkah merpati berpasang-pasangan,
     Mengapa orang tidak berkawan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Macam kepiting jalan.

Bermaksud :

Orang yang berjalan miring.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDang empat berjalan-jalan, Jalan-jalan ke rumah; Air mataku tumpah di jalan, Mengenang badanku terlalu murah.
Kurik Kundi Merah SagaBaiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana jalan ke Santubong, Berjalan kaki tengah halaman; Bagaimana cara menangkap burung, Tabur padi di tapak tangan.
Kurik Kundi Merah SagaLimau manis celah jalan, Masak sebutir makan juput; Hitam manis turun berjalan, Macam padi lepas merumput.
Kurik Kundi Merah SagaLimau manis condong ke jalan, Masak sebiji makan cukup; Hitam manis tunduk berjalan, Ibarat haji lepas wukuf.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu di tepi jalan, Den tanam kunyit timbal balik; Kalau rindu anak berjalan, Usah dikenang dagang tak berbalik.
Kurik Kundi Merah SagaTinggilah bukit Sungai Papan, Nampak nan dari jalan gedang; Maka tersebut akan berjalan, Malukan sahabat sama gedang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang membakut padi-padian, Kacangku karam di tengah jalan; Kalau adinda takut-takutan, Baik sekarang adinda berjalan.
Kurik Kundi Merah SagaDia beli sakin tiga suku, Kan diambil bak ambar jalan; Mande kandung duduk di pintu, Melihat anak kan berjalan.

Kembali ke atas