Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina berjual terung, Hilang sebiji di tapak tangan; Sudah lama ayam kukurung, Cuba-cuba lepas di laman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayak Hulu berjual sirih, Sirih dijual sebalung suang; Lagi dahulu tuan memilih, Sekarang ini duduk seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina berjual tauhu, Mari dijual bertempat-tempat; Kalau abang mahu tahu, Adik pergi ke manalah tempat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cukup ramai orang di kampung, Tengok orang berjual kain; Sungguh garang ayam di kampung, Denak di hutan terkamnya lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padang sudah ke Muar belum, Anak Cina berjual daging; Pandang sudah bertemu belum, Ibarat bunga dalam cermin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sangkura di dalam kebun, Buah delima di dalam raga; Bolehlah kita berjual pantun, Adik terkena abang ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana menyukat beras, Sukat mari segantang padi; Timbang baik kalau jelas, Baru senang berjual beli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Gersik ke Surabaya, Beli terendak dari Bali; Sungguh cantik lagi sebaya, Budi tidak berjual beli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah rumbia buah salak, Pokok tumbuh tepi perigi; Hidup di dunia kita beradat, Bahasa tiada berjual beli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli. |