Kurik Kundi Merah Saga | Baru saja adik berkain, Adik berkain malam Jumaat; Bukan saya pandai bermain, Saya melangsung orang berhajat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan sengaja saya berkain, Saya berkain menutup tubuh; Bukan sengaja saya bermain, Saya bermain bersungguh-sungguh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berkain semalam ini, Bila masa berkain lagi? Hendak bermain semalam ini, Bila masa bermain lagi? |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna berkain batik, Kalau tidak berbaju kasa; Apa guna memandang cantik, Kalau tidak berbudi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Gamat berkain bali, Sayang teduh bayang siapa; Selamat tuan pergi, Saya di rumah tidak mengapa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina berkain satin, Sudah satin sakhlat pula; Dagang hina lagi miskin, Sudah miskin melarat pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna berkain batik, Kalau corak tidak seragi; Apa guna berbini cantik, Kalau tak setuju dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dang Ratni berkain merah, Kain bertenun dari Palembang; Tiada saya menaruh intan yang indah, Bunga melur baru nak kembang. |