Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkaki

Puisi
 

Sapu tangan berkaki merah,
     Kakinya diletak dalam perahu;
Luka di tangan berdarah merah,
     Luka di hati tak dapat nak tahu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hendak hinggap tiada berkaki.

Bermaksud :

Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa guna berkaki dua, Kalau tidak berjalan lagi; Apa guna kita bersua, Kalau tidak bersembahyang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan berkaki merah, Kakinya diletak dalam perahu; Luka di tangan berdarah merah, Luka di hati tak dapat nak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur kembang berkaki, Mari dibungkus di dalam kertas; Di dalam telur lagi kunanti, Inikan pula telah menetas.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang ribut berdengung, Kain putih berkaki-kaki; Petang-petang duduk melengung, Takut tak boleh kehendak hati.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kumbang terayap-rayap, Mari ditangkap anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki.

Kembali ke atas