Kurik Kundi Merah Saga | Menghadap raja di Acheh, Lipat kajang suntingkan kain; Beradab berkata kasih, Tolak belakang mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jong-jong muka pintu, Hendak belayar hutan seberang; Jangan Mak Jah berkata begitu, Bunyinya malu di depan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Gamung orang Melaka, Lipatlah kajang kemas-kemas; Janganlah sombong adik berkata, Di mana kijang bertanduk emas? |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukannya parang hulu permata, Parang sakti tidak berulu; Bukan sekarang saya berkata, Sudah terjanji dari dahulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagar besi pagar kota, Sampai ke taman bunga; Abang tak reti adik berkata, Abang tak tahu apa makna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan ke Kota Bharu, Pauh janggi di tepi laman; Kalau tuan berkata begitu, Mari kita berpegangan tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan ke Kota Bharu, Pauh janggi di tepi laman; Kalau tuan berkata begitu, Mari kita berpegangan tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Banang tinggi mengawan, Nampak dari Pulau Sialu; Sudah lama hati tertawan, Hendak berkata terasa malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baru sekali pergi ke kota, Datang ke kota bunyi bergaduh; Baru sekali saya berkata, Hendak peduli kakanda jauh. |