Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.hen.da/] | برکهندق

Definisi : berharap akan, bermaksud hen­dak, berkeinginan: ia ~ supaya kita jadi korbannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.hen.da/] | برکهندق

Definisi : berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Buah kana kedai Cina,
     Satu taukeh dua Melayu;
Saya berkehendak sudah lama,
     Hendak bercakap rasa malu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Siapa menjala,
     siapa terjun.

Bermaksud :

Siapa yang berkehendak sesuatu, harus berusaha.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kana kedai Cina, Satu taukeh dua Melayu; Saya berkehendak sudah lama, Hendak bercakap rasa malu.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Belanga tambak-menambak, Ditambak oleh Raja Temenggung; Sudah lama saya berkehendak, Sejak mula ibu mengandung.
Kurik Kundi Merah SagaKalau begini kelerai tombak, Biar saya kelerai biasa; Kalau saya tidak berkehendak, Biar bujang sampai ke tua.
Kurik Kundi Merah SagaKalau begini kelerai tombak, Biar saya kelerai biasa; Kalau saya tidak berkehendak, Biar bujang sampai ke tua.
Kurik Kundi Merah SagaJohor Bahru jalan bertambak, Tempat anak Raja Temenggung; Bukan baharu saya berkehendak, Memang tatkala ibu mengandung.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali memakai terendak, Terendak dipakai di tengah hari; Kalau hati sudah berkehendak, Tidak dapat ditukar ganti.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik si anak angsa, Beri padi anak kededek; Anak ini anak celaka, Beri laki anak berkehendak.

Kembali ke atas