| Kurik Kundi Merah Saga | Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ini lagu serampang laut, Pulau Tamu jauh sepadan; Layar berkembang kemudi dipaut, Tidak laju celaka badan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sorong dayung ditarik dayung, Tariklah papan sama rata; Tuanlah pulang berkembang payung, Kami yang tinggal jahat rasanya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hulur dayung tarik dayung, Papat rumput sama ratanya; Tuan pulang berkembang payung, Kami tinggal galak rasanya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Air topong Bukit Sitopong, Tarik papan sama ratanya; Tuanlah pulang berkembang payung, Kami kan ikut jahat jua rasanya. |