Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu Putera Alam, Duduk berkira siang malam; Sungguh jernih air di kolam, Tunggul buruk ada di dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah pelepah jantung, Pucuk bayam pucuk meranti; Kalau kita berkira pantun, Kokok ayam abang tak henti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau abang menebang ara, Hendaklah tebang dengan kapak; Kalau abang hendak berkira, Pergi berjumpa ibu dan bapak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja semayam di dalam kota, Banyak menghadap segala menteri; Pada saya hendak berkira, Abang baik pergi sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik di dalam longkang, Habis dimakan anak buaya; Kalaulah adik mengikut abang, Bolehlah abang berkira-kira. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang datang berduyun kereta, Hendak makan jamuan raja; Boleh berjumpa ayah dan bonda, Di situ boleh abang berkira. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mati dipanah raja bestari, Raja semayam di dalam kota; Kalau dipinang ayahnya tak beri, Bolehlah adik pergi berkira. |