Kurik Kundi Merah Saga | Saya berkuda tuan berkuda, Sama berjalan di tanah rata; Tuan mengenang saya bercinta, Sama-sama menahan rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Seorang berkuda seorang berlembu, Takkan sama dengan tapaknya; Tuan sutera saya belacu, Takkan sama dengan coraknya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berkuda lalu dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan berkuda saya berunta, Sama kita berjalan kaki; Tuan mengenang saya bercinta, Sama kita menahan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raden Galuk meniti batang, Panji-panji turun berkuda; Dari jauh saya datang, Melangsung hajat tuanlah semua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak ke seberang seberang saja, Saya tak mahu berkuda-kuda; Hendak seorang seorang saja, Saya tidak mahu berdua tiga. |