Kurik Kundi Merah Saga | Buah ketapi tindih-menindih, Buah kasinar dalam perahu; Nak berlaki pilih-memilih, Nak anyam bujam pun tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli ubi beli keladi, Anak belanak dalam tapisan; Puan berlaki saya berbini, Kalau beranak kita berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat di Gunung Api, Bakar udang di tengah reba; Saya tak larang tuan berlaki, Kasih sayang jangan dilupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak membentang tali rawaiku, Akan kumakan sembilan api; Malas memakai kepandaianku, Takut kucerai orang berlaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak cicak Kuala Selambah, Kuala Selambah molek pagi; Abang minta adik tak ambuh, Adik malas berlaki lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang terubuk dipakan kupakan, Daun tunjang dimakan api; Habis lubuk kupesan akan, Ada yang bujang kusuruh berlaki. |