Kurik Kundi Merah Saga | Berlari bukannya kijang, Pandan terjemur di bumbungan; Berbunyi bukannya riang, Badan terkenang di peruntungan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Yang berlari sangat pantas, Yang menang sangat bertuah; Yang memberi tangan di atas, Yang menerima tangan di bawah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sambil lompat berlari-lari, Lompat mari ke dalam kolam; Tuan cabut cincin di jari, Tidakkah turun di hati muram. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika dituju selepas berlari, Akhir kumbang beranak telur; Jikalau diturut hatiku ini, Akhirnya padang menjadi kubur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika dipecut kuda berlari, Manalah kumbang beranak tiga; Jika diturut hatiku ini, Akhirlah padang menjadi gua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang; Dualah tiga boleh kucari, Mana nak sama tuan seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga kucing berlari, Tidak sama kucing belang; Sudah lama adik mencari, Tidak sama abang seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di tengah padang sambil berlari, Kita bermain hingga ke petang; Dengan tidak aku sedari, Rupa-rupanya dibenci orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat. |