Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lé.gar] | برليݢر

Definisi : 1. ber­gerak-gerak berkeliling, berputar, berpusing selalu: benda itu berlegar-legar spt planet di angkasa lepas; di kepalanya berlegar-legar seribu soalan; 2. banyak mengisahkan hal tentang atau menumpukan perhatian pd, hampir tertumpu pd: persoalan cerita ~ pd diri Ipin, seorang anak orang asli; 3. Mn bergilir (bekerja dll), bertukar-tukar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lé.gar] | برليݢر

Definisi : bergerak atau berjalan berkeliling; berpusing selalu: Burung helang itu ~ saja memperhatikan mangsanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlegar

Puisi
 

Baik-baik menabur bayam,
     Jangan bertabur ke benih maman;
Baik-baik memelihara ayam,
     Helang berlegar tengah laman.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHelang berlegar di lautan teduh, Dari jauh tempat bermalam; Kenapa sebentar kasih berlabuh, Laksana siang berganti malam.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik menabur bayam, Jangan bertabur ke benih maman; Baik-baik memelihara ayam, Helang berlegar tengah laman.

Kembali ke atas